Friday 12 October 2012

.......

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.


Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...

Tuesday 9 October 2012

penyesalan tiada akhirnya..

Orang yang pernah couple kemudian end-up berkahwin dengan orang lain, jauh di sudut hatinya akan rasa MENYESAL;

- Menyesal kerana cinta pertamanya telah diberikan pada orang yang salah. Pasangannya yang halal kini mendapat cinta second hand yang direcycle kembali nampak seperti baru. Tetapi tidak se-fresh cinta pertama dulu yang menggamit seribu kenangan.

- Menyesal kerana tidak adil pada pasangannya kerana memberi hati yang ada kesan parut luka lama.

- Menyesal kerana telah memberikan sepenuh hati pada orang yang salah, sedangkan awal-awal lagi sepatutnya disimpan pada orang yang betul.

- Menyesal kerana cinta dalam hati tidak sebening air mata air, tidak sepure, tidak se-excited, tidak seperti cinta yang pernah diberikan dulu-dulu.

Namun, beza paling besar yang dirasakan setelah berkahwin adalah tenangnya hati yang tidak pernah dirasakan sewaktu bercouple. Tidak perlu tipu diri sendiri mengatakan hati rasa tenang tenteram waktu couple. Tenang rekaan diri sendiri semata-mata. Bukan rasa tenang yang Allah datangkan ke dalam hati.

Jadi, adik-adik atau sesiapa sahaja yang belum pernah bercouple yang baca mesej ini, jagalah cinta pertama masing-masing untuk diserahkan pada orang yang betul dan halal lagi teristimewa. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

- Syabab Musafir Kasih